Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik memasak periuk, Bawa pergi tanah seberang; Budi baik kelaku elok, Ke mana jatuh disayang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Tapang memasak harum, Dimakan orang kampung Seladak; Sudah terpandang tuan tersenyum, Seribu ringgit saya kehendak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke kedai membeli arang, Bawa dapur memasak kerang; Apa guna harimau garang, Kalau tidak memakan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti orang di pekan, Pecah periuk memasak susu; Sayang sungguh burung di hutan, Sayang denak tiada mengaku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jelatik makan padi, Burung puyuh dalam jebak; Wahailah adik Sita Dewi, Pandaikah cik adik masak-memasak? |