| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jawa pulang ke Jawa, Kisi-kisi tiang bersambung; Bukan mudah membuang nyawa, Nyawa tidak boleh diubah sambung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bercerah, Kalau tidak bercahaya lagi; Apa guna nyawa berserah, Kalau tidak belajar lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam butang berderai, Dipakai oleh si anak raja; Nyawa dan badan lagi bercerai, Inikan pula kasih dan cinta. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan ini buang kepala; Hilang nyawa dari badan, Aku suka main berdua. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Teranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Selasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Alat-alat senjata perang, Pakaian anak raja Zamhari; Mari adik nyawa abang, Bila masa datang ke mari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. |