Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika puan pergi ke paya, Jangan ke paya dengan Cik Siti; Jika tuan kurang percaya, Saya rasa berkecil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Paya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belok-belok paya ke kanan, Daun nangka berjari-jari; Rupa elok tak boleh nak makan, Budi bahasa saya nak cari. |