Kurik Kundi Merah Saga | Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ribu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang. |