Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Pukul gendang meniup serunai,
     Raja berarak dari seberang;
Putih mata si burung punai,
     Kayu ara dah tunggu helang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Siapa cepat boleh dulu,
     siapa kemudian putih mata.

Bermaksud :

Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKetuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata.
Kurik Kundi Merah SagaAyam putih manuk siapa, Gadis Melaka atas bumbungan; Tubuhlah putih anak siapa; Manislah mata si peruntungan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaBaju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning jauh panjak, Tempat gantung barang kaca; Putih kuning sedang berkacak, Situ abang bercermin mata.
12

Kembali ke atas