Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, berĀ­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk peĀ­rangai atau kelakuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari Endut pergi Mersing, Singgah berhenti Pulau Sialu; Hati risau bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?
Kurik Kundi Merah SagaPucuk belinjau si daun seranti, Sayang kembang pasang pagi; Hati risau tidak terperi, Kekasih tidak mengenang budi.
Kurik Kundi Merah SagaLuka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera.
Kurik Kundi Merah SagaDari Kelebang ikan gelama, Dalam peti beras dikisau; Abang pergi terlampau lama, Hati saya bertambah risau.

Kembali ke atas