Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[riuh.ren.dah] | ريوه-رنده

Definisi : riuh gemuruh, sangat riuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riuh.ren.dah] | ريوه-رنده

Definisi : sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riuh.ren.dah] | ريوه-رنده

Definisi : tersangat riuh; gegak gempita: Orang ramai pun bersorak-sorak dgn ~-rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBetik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita.
Kurik Kundi Merah SagaTaruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.
Kurik Kundi Merah SagaMakan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.
Kurik Kundi Merah SagaTelur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak.

Kembali ke atas