Kurik Kundi Merah Saga | Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi. |