Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejap1
1. Dalam konteks mata
bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil,
(kata kerja:)

2 Bersinonim dengan sebentar
( sekelip, seketika, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap,

Puisi
 

Layang-layang menyambar duri,
     Hinggap sekejap di kayu jati;
Kasih sayang datang ke mari,
     Abang sudah sedia menanti.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaKeluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaDari Seremban ke Kuala Pilah, Singgah sekejap membeli roti; Kalau ada silap dan salah, Janganlah simpan di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaDari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati.
Kurik Kundi Merah SagaBerjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.
Kurik Kundi Merah SagaHari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?
Kurik Kundi Merah SagaBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun.
Kurik Kundi Merah SagaBatang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun.
12

Kembali ke atas