Kurik Kundi Merah Saga | Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan mudah bunga engkodok, Bunga serupa dengan daun; Bukan mudah adik kehendak, Hilanglah hilang berganti tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Melayu dua serupa, Turun sekawan waktu pagi; Dari seorang baik berdua, Boleh juga bersuka hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan selangat dua serupa, Yang satu ikan selayang; Adik kasih abang tak lupa, Sama-sama berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit lagi bintang berkarang, Anak yu dua serupa; Adik pergi abang tak larang, Janji dahulu janganlah lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lari ke hutan ke celah rimba, Berjumpa gajah dua serupa; Kalau tak boleh macam adinda, Apa lebihnya kepada saya. |