Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh] | سوڠݢوه

Definisi : 1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh] | سوڠݢوه

Definisi : 1 sesuai dgn keadaan sebenar­nya; benar; betul: Adakah ~ engkau hendak pergi ke Kuantan? 2 terlalu sekali; amat; sangat: Panas ~ hari ini. sungguh-sungguh tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. sungguhpun di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. bersungguh-sungguh bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. menyungguhkan 1 mengakui ke­benar­an sesuatu; membenarkan; meng­iakan: Kami semua mengangguk, ~ kata-katanya. 2 mengusahakan benar-benar supaya tercapai apa-apa yg dicita-cita­kan; berusaha sungguh-sungguh utk. kesungguhan 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. sesungguhnya sebenarnya; se­betul­nya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(188)
Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk,
     ikan ditebat yang diadang.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)

489

Promises, like piecrust, are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu.
Kurik Kundi Merah SagaOgah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaSatu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaNaik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat.
Kurik Kundi Merah SagaTak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.
12345678910...

Kembali ke atas