Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi makan nasi lemak, Mari makan sambil mengarut; Yang terkena tu tempat tak gamak, Tempat yang bagus tak mahu diturut.
Kurik Kundi Merah SagaTempat mana cepok berbunyi, Pokok kabu tepi kolam; Tempat mana adik berjanji, Di dalam kelambu atas tilam.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaTempat orang menggergaji kayu, Pergi ke bukit menjemur kain; Bunga kembang menjadi layu, Embun bertitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa tinggi pokok kubis, Tempat membuat ulam-ulaman; Sedikit lagi jiwa nak habis, Tempat berbudi kepada tuan.
Kurik Kundi Merah SagaSana ayam sini ayam, Tempat mana nak jemur padi; Sana buaian sini buaian, Tempat mana nak letak hati.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh.
12345678910...

Kembali ke atas