Kurik Kundi Merah Saga | Serai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana tiku mana piaman, Batu kecil kiliran padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pemanggil teluk empat, Tampak dari Johor Lama; Adik tinggal menunggu tempat, Abang pergi takkan lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja? |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Harilah ini hari minggu, Tempat orang bersabung ayam; Lama sudah kita menunggu, Yang berat sekali tinggal senyum. |