Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datanglah sudah kapal Surati, Pasang bendera setengah tiang; Datanglah sudah si jantung hati, Bulanlah terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ya Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati. |