Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat di mulut burung. |