Kurik Kundi Merah Saga | Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji terendak Bentan, Pagar siapa tuan sesalkan; Sudah untung peminta badan, Pada siapa tuan kesalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata. |