Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Udg) 1. sebutan tentang perun­tukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen ter­tentu, mis Memorandum Persefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
toxin theoryteori toksinBiologiPatologiTeori yang diajukan oleh Wheeler & Luke (1963) untuk memastikan penglibatan toksin dalam menyebabkan sesuatu penyakit, iaitu: i. toksin dalam kepekatan tertentu boleh menyebabkan gejala khas bagi sesuatu penyakit pada perumah yang rentan, ii. patogen dan toksin mempunyai kekhususan perumah yang sama, dan iii. terdapat korelasi positif antara jumlah toksin yang dihasilkan dengan keparahan penyakit. Walau bagaimanapun, perkara (ii) tersebut hanya benar bagi toksin perumah khusus sahaja.
decision makingpembuatan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian.

curve tracingpenyurihan lengkungMatematikTiadaProses melukis lengkung yang berdasarkan langkah-langkah berikut: (i) menentukan sebilangan titik pada lengkung; (ii) menyelidiki perkara seperti simetri dan asimptot; (iii) menggunakan terbitan untuk menentukan titik genting, kecuraman, kecekungan dan kecembungan.
district administrationpentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Pusat pemerintahan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan tertentu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Pejabat utama yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peringkat daerah merupakan peringkat bagi kebanyakan projek yang dirancangkan di peringkat Persekutuan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan atau Agensi Persekutuan dan Negeri. Pegawai Daerah berperanan sebagai penyelaras aktiviti pembangunan di peringkat daerah merangkumi perkara-perkara berikut iaitu, (i) Mewujudkan keamanan dan ketenteraman, (ii) Memastikan pembangunan daerah dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta (iii) Memastikan masyarakat di luar bandar menyertai kegiatan ekonomi moden.

penumbrapenumbraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBayangan luar separa gelap yang terbentuk pada filem radiografi industri apabila objek disinari dengan sinaran. Penumbra turut dikenali sebagai ketaktajaman geometri (μg) yang disebabkan oleh penetapan teknik radiografi. Saiz penumbra dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti saiz sumber sinaran, jarak daripada sumber sinaran ke media pengimejan, dan jarak dari objek ke media pengimejan. Untuk mendapatkan saiz penumbra yang optimum berdasarkan piawai, perkara-perkara yang berikut perlu dilakukan, iaitu: (i) Gunakan sumber sinaran dengan saiz titik fokus yang kecil, (ii) Tingkatkan jarak sumber sinaran dengan media pengimejan, (iii) Rapatkan objek dengan media pengimejan. Sinonim ketaktajaman.
comparative public administrationpentadbiran awam perbandinganPentadbiranPentadbiran Awam

Pendekatan silang budaya bagi pengajian pentadbiran awam. Pendekatan ini menegaskan lima perkara penting iaitu (i) pembinaan teori (ii) gesaan bagi aplikasi praktikal (iii) sumbangan sampingan yang lain bagi memperluaskan bidang pentadbiran perbandingan (iv) kepentingan penyelidik terlatih dalam undang-undang pentadbiran tradisional dan (v) analisis bandingan masalah yang sedang berlaku. Prinsip utama kepada pendekatan ini ialah ‘pengetahuan untuk pengetahuan’. Pendekatan ini menolak teori pentadbiran awam Amerika Syarikat yang berasaskan “prinsip ialah prinsip”. Ini kerana pendekatan tersebut mengandaikan bahawa pengaruh budaya tidak memberikan sebarang kesan kepada hal ehwal pentadbiran.

five points of architecturelima prinsip asas seni binaKesenianSeni BinaPrinsip-prinsip asas dalam seni bina yang diperkenalkan oleh tokoh arkitek terkemuka, Le Corbusier yang merangkumi lima perkara utama, iaitu: (i) Penggunaan pelan terbuka. (ii) Bangunan dinaikkan di atas susunan tiang. (iii) Mukaan bangunan yang tidak bergantung pada kedudukan tiang (dinding salut). (iv) Penerapan taman di ruang atas bahagian bumbung. (v) Jalur tingkap memanjang tanpa halangan struktur. Contoh bangunan yang mengaplikasikan prinsip tersebut ialah Villa Savoye di Poissy, Perancis.
termsebutanMatematikTiada1. Setiap kuantiti dalam sesebuah ungkapan sekiranya ungkapan itu merupakan hasil tambah beberapa kuantiti (yang mungkin melibatkan anu). contoh: (i) 5x + 3y - 4z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y, dan - 4z. (ii) 2xy2 - 3 mempunyai dua sebutan, iaitu 2xy2 dan -3. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Misalnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. Lihat juga jujukan.
non-international armed conflictkonflik bersenjata bukan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonflik yang berlaku dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau antara kumpulan bersenjata yang berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Perkara 3 Lazim Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II yang mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undangundang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa.
code of behaviourkod tingkah lakuPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan, peruntukan dan arahan khas yang dinyatakan dengan jelas dalam satu dokumen bertulis mengenai kelakuan dan tatatertib. Kod tingkah laku ini menjadi panduan kepada pihak tertentu di bawah sesuatu bidang kuasa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994) sepanjang menjalankan tugas mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika ini membolehkan seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya. Antara perkara yang dinyatakan dalam kod tersebut ialah; para hakim tidak boleh (i) bertindak kurang cekap, kurang berusaha dan membelakangi tugas-tugas kehakiman, (ii) berkelakuan tidak jujur dan mencemarkan nama badan kehakiman, (iii) melenggah-lenggah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah, (iv) tidak mematuhi arahan statutori, (v) tidak hadir ke mahkamah pada waktu pejabat, dan (vi) perlu mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara.

12

Kembali ke atas