Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enquirebertanyaPentadbiranTiadaTiada
who am I?siapakah saya?PendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dengan cara melekatkan maklumat mengenai diri (identiti) di belakang baju murid. Murid diberikan peluang untuk bertanya tiga soalan kepada rakan berkaitan identiti mereka. Rakan mereka perlu menjawab “ya”, atau “tidak” untuk mendapatkan jawapan kepada maklumat diri murid dan mereka dikenali sebagai “pakar rujuk” sekiranya jawapan yang betul telah diperoleh.
octaveoktafKesusasteraanPuisiPuisi yang terdiri daripada lapan baris dalam semua rangkapnya. Namun rimanya terutama rima hujung pada setiap baris kebanyakannya adalah bebas. Contohnya. puisi "Petani Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Jumlah barisnya sama seperti rangkap pertama ini. jika engkau bertanya tentang rumah kehidupan menidurkan lelah akan kujawabkan siang malamnya bagai hujan badailah memancang ruang sawah ladang.
homeoarctonpersamaan awal/hemeoarktonKesusasteraanTiadaPengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12]
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab denga
dramatic lyriclirik dramatikKesusasteraanPuisiUjaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
expert systemSistem PakarTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang direka bentuk untuk membantu menyelesaikan masalah atau memberi panduan dalam bidang atau situasi yang spesifik berasaskan pengetahuan pakar bidang tersebut. Atur cara ini dibangunkan dengan menggunakan teknik kecerdasan buatan. Sistem ini terbentuk daripada enjin penaakulan, antara muka pengguna dan pangkalan pengetahuan yang menyimpan petua (pengetahuan) pakar bidang. Sistem pakar ini bertujuan membantu kekurangan pakar dalam bidang tertentu. Contohnya laman web syarikat pembuat tayar Goodyear (URL http://www.goodyear.com) menyediakan sistem pakar yang membantu pengguna memilih jenis tayar yang terbaik untuk kenderaan mereka. Sistem pakar akan berinteraksi dengan bertanya pengguna beberapa soalan untuk mendapatkan jawapan seperti jenis kereta, iklim, jenis pemanduan dan sebagainya. Sistem pakar kemudian akan membuat penaakulan dan mencadangkan jenis tayar yang sesuai.
expert systemSistem PakarTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang direka bentuk untuk membantu menyelesaikan masalah atau memberi panduan dalam bidang atau situasi yang spesifik berasaskan pengetahuan pakar bidang tersebut. Atur cara ini dibangunkan dengan menggunakan teknik kecerdasan buatan. Sistem ini terbentuk daripada enjin penaakulan, antara muka pengguna dan pangkalan pengetahuan yang menyimpan petua (pengetahuan) pakar bidang. Sistem pakar ini bertujuan membantu kekurangan pakar dalam bidang tertentu. Contohnya laman web syarikat pembuat tayar Goodyear (URL http://www.goodyear.com) menyediakan sistem pakar yang membantu pengguna memilih jenis tayar yang terbaik untuk kenderaan mereka. Sistem pakar akan berinteraksi dengan bertanya pengguna beberapa soalan untuk mendapatkan jawapan seperti jenis kereta, iklim, jenis pemanduan dan sebagainya. Sistem pakar kemudian akan membuat penaakulan dan mencadangkan jenis tayar yang sesuai.

Kembali ke atas