cycle stock | stok kitar | Kejuruteraan | Tiada | Produk yang diambil daripada peringkat proses yang terkemudian dan dimasukkan semula ke proses sebelumnya. |
cytokerastic | sitokerastik | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan perkembangan sel daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi. |
odd permutation | pilih atur ganjil | Matematik | Tiada | Pilih atur yang diterbitkan daripada peringkat biasa oleh nombor ganjil transposisi. |
higher education | pendidikan tinggi | Pendidikan | Tiada | Tahap pendidikan yang lebih tinggi daripada peringkat sekolah menengah yang selalunya terdapat di kolej dan universiti. |
successional rhythm | rentak berurutan | Landskap | Tiada | Kitaran penggantian semula jadi komuniti tumbuhan daripada peringkat anak benih sehingga pokok tua. |
hierarchy of needs | hierarki keperluan | Pentadbiran | Tiada | Teori tatatingkat keperluan manusia yang di susun mengikut turutan, iaitu daripada peringkat asas seperti makan, minum, seks, dan sebagainya sehinggalah kepada keperluan yang paling tinggi seperti pencapaian hasrat diri. |
instructional system | sistem pengajaran | Pendidikan | Tiada | Gambaran proses pengajaran yang mengandungi berbagai-bagai bahagian dan peringkat yang saling berkaitan daripada peringkat perancangan kepada peringkat penilaian. |
software engineering | kejuruteraan perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Disiplin yang merangkumi kesemua aspek pengeluaran daripada peringkat awal spesifikasi sistem sehingga ke peringkat penyelenggaraan sistem. Pembangun perisian akan menggunakan pendekatan yang sistematik dalam menghasilkan perisian berkualiti tinggi secara berkesan. Disiplin ini amat penting untuk membangunkan sistem yang kompleks dan kritikal seperti sistem pertahanan atau sistem yang mengandungi berjuta-juta baris kod seperti sistem pengendali. Istilah kejuruteraan perisian pertama kali diperkenalkan oleh F.L. Bauer dan dipopularkan semasa Persidangan Kejuruteraan Perisian NATO pada tahun 1968. |
scalar principle | prinsip skalar | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pengurusan yang menyatakan bahawa autoriti dalam organisasi turun melalui rangkaian pengurus yang bermula daripada peringkat teratas sehinggalah peringkat paling bawah. |
fingerling | anak ikan | Perikanan | Akuakultur | Peringkat hidup ikan yang telah berlaku metamorfosis daripada peringkat larva dan mempunyai morfologi yang lengkap. Pada peringkat ini, sirip dan sisik mula terbentuk. |