abdicate | turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II. |
comparative public administration | pentadbiran awam perbandingan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pendekatan silang budaya bagi pengajian pentadbiran awam. Pendekatan ini menegaskan lima perkara penting iaitu (i) pembinaan teori (ii) gesaan bagi aplikasi praktikal (iii) sumbangan sampingan yang lain bagi memperluaskan bidang pentadbiran perbandingan (iv) kepentingan penyelidik terlatih dalam undang-undang pentadbiran tradisional dan (v) analisis bandingan masalah yang sedang berlaku. Prinsip utama kepada pendekatan ini ialah ‘pengetahuan untuk pengetahuan’. Pendekatan ini menolak teori pentadbiran awam Amerika Syarikat yang berasaskan “prinsip ialah prinsip”. Ini kerana pendekatan tersebut mengandaikan bahawa pengaruh budaya tidak memberikan sebarang kesan kepada hal ehwal pentadbiran. |