belt buckle | pending | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat kelengkapan tradisional berbentuk kepala ikat pinggang. Alat ini dipakai di bahagian hadapan pinggang bagi mengukuhkan ikatan kain sarung, samping dan bengkung. Alat ini dipakai oleh lelaki dan wanita sebagai lambang budaya tradisi. Pending biasanya diperbuat daripada emas, tembaga dan perak. Bentuknya seperti daun sehelai mata jadam atau sepotong wajik runcing di kedua-dua bucu yang dihiaskan batu permata, delima, zamrud serta ukiran timbul berlarik. Alat ini dipercayai diperkenalkan oleh Cik Siti Wan Kembang di Kelantan pada awal abad ke-15 M. |
batik lasam | batik lasam | Kesenian | Seni Batik | Batik atau kain batik yang mempunyai tiga warna khusus, iaitu coklat, hitam, dan satu warna pilihan lain, di samping putih, iaitu warna asal kain dan dihasilkan dengan menggunakan blok lilin (sarang) dan direbus sebanyak dua kali. Biasanya, batik berupa batik sarung. |
retak kuning | retak kuning | Kesenian | Seni Batik | Celup warna dengan warna kuning yang dilakukan selepas lilin dibersihkan. Warna ini bertindak balas dengan warna celup warna sebelumnya (warna tubuh) dan juga untuk mewarnai kawasan yang dahulunya bertutup lilin. Proses ini akan menghasilkan corak yang menarik dengan wujudnya warna kuning di samping warna lain pada kain tersebut. |