discriminant validity | kesahan diskriminan | Psikologi | Psikologi Umum | Kesahan yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kesahan gagasan, iaitu sejauh mana sesuatu ukuran itu mengukur gagasan yang ingin dinilai. Kesahan ini penting untuk menilai alat ujian baharu yang diukur. Contohnya, kesahan diskriminan antara dua alat ujian dikatakan wujud apabila korelasi antara keduanya rendah. Dengan kata lain, satu ujian dapat mendiskriminasikannya dari yang lain. Umpamanya, jika korelasi antara ujian kepuasan hidup dengan ujian afek positif adalah rendah, maka kepuasan hidup itu boleh didiskriminasikan daripada afek positif. |
interfield validity checking | penyemakan kesahan antara medan | Kejuruteraan | Tiada | Penyemakan kesahan data untuk menentukan kesahan nilai, secara rujukan dengan nilai yang lain. |
cosmetic notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka waktu yang ditetapkan untuk kesahan pemberitahuan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik adalah selama 2 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh berserta dengan yuran pemprosesan. Sinonim tempoh kesahan notifikasi kosmetik. |
coefficient of validity | pekali kesahan | Psikologi | Psikologi Umum | Darjah kesahan yang dinyatakan sebagai korelasi antara satu ukuran yang ditumpukan dengan ukuran atau pemboleh ubah yang lain. Sinonim koefisien kesahan. |
notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka masa sah sesuatu nota pemberitahuan bagi produk kosmetik. Di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan produk kosmetik adalah selama 2 tahun. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab memastikan tempoh kesahan pemberitahuan produknya di pasaran. Pembaharuan nota pemberitahuan hendaklah dilakukan tidak lewat dari sebulan sebelum tamat tempoh produk. Sinonim tempoh kesahan notifikasi. |
authenticity | kesahan | Undang-undang | Tiada | Sesuatu yang mempunyai ciri-ciri kebenaran, keadilan, kesahan, ketulenan dan kewibawaan. |
coefficient of validity | koefisien kesahan | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat pekali kesahan. |
notification validity period | tempoh kesahan notifikasi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lihat tempoh kesahan pemberitahuan. |
cosmetic notification validity period | tempoh kesahan notifikasi kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lihat tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik. |
validity | kesahan | Matematik | Tiada | Sifat pada sesuatu hujah yang sama ada sah atau tidak sah. Sesuatu hujah dikatakan sah sekiranya apabila premisnya benar, kesimpulannya benar juga. Sesuatu hujah tidak sah sekiranya wujud situasi premis benar tetapi kesimpulan palsu. Lihat juga hujah. |