political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
assertive | kesungguhan | Linguistik | Tiada | Tiada |
earnest | kesungguhan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
political will | kesungguhan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
political will | kesungguhan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat kemahuan politik. |
commitment | iltizam | Pendidikan | Tiada | Kesungguhan untuk mencapai matlamat pendidikan atau kursus yang diikuti. |
nonsense verse | sajak cadai | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang tidak menunjukkan kesungguhan penyair semasa menciptanya, sama ada dari segi pemilihan tema dan persoalan, pembentukan struktur mahupun teknik penceritaannya. Seolah-olah sajak main-main atau olok-olok dan apabila dibaca tiada sesuatu faedah yang didapati oleh pembaca. |
quiet quitting | kerja lewa | Pentadbiran | Tiada | Sikap pekerja yang tidak menunjukkan kesungguhan untuk bekerja dan hanya mahu melakukan kerja hakiki sahaja serta enggan melakukan kerja tambahan. |
self-assertion | penegasan diri | Komunikasi | Korporat | Keupayaan untuk mempamerkan keyakinan diri semasa proses komunikasi. Kesungguhan untuk mempamerkan keterampilan diri ialah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang terutama ketika melakukan pemujukan dalam proses komunikasi. Kerja yang berkaitan dengan pemujukan banyak diamalkan oleh pegawai penerangan dan perubahan. Contohnya, pegawai penerangan dan perubahan perlu yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan dan kemampuan yang ada pada dirinya sebelum melakukan kerja penerangan dan pemujukan kepada orang ramai. Hal ini kerja kedua-dua elemen ini boleh membentuk sifat penegasan diri yang seterusnya boleh menyebabkan khalayak yakin dan percaya dengan maklumat yang disampaikan. |
self-actualization | penghasratan diri | Komunikasi | Korporat | Istilah yang asalnya diperkenalkan bertujuan untuk mendedahkan potensi atau keterampilan seseorang individu. Penghasratan diri dianggap sebagai tahap terakhir pembangunan psikologi yang dicapai seseorang individu selepas keperluan asas seseorang individu berkenaan dipenuhi. Dengan melakukan penghasratan diri, seseorang akan mampu untuk mempamerkan kekuatan dalaman yang sedia ada dalam dirinya, serta menunjukkan kesungguhan dan keterampilan diri bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Kekuatan dalaman ini merupakan sifat asas yang perlu ada dalam setiap diri individu semasa berurusan dengan orang lain atau semasa melakukan pemujukan terhadap orang ramai. Bagi individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan awam atau eksekutif pemasaran, kekuatan dalaman ini adalah sangat diperlukan dalam melaksanakan tugas-tugas harian bagi berhadapan dengan situasi yang mencabar. Bagi membangunkan penghasratan diri, seseorang individu perlu memahami dan peka terhadap orang lain dan persekitaran, serta berdikari, |