sucker rod | rod penyedut | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : rod Rod keluli yang khusus dibuat sesuai dengan ketentuan piawai dimensi dan ketentuan logam yang dikehendaki oleh piawaian API. Panjangnya 25 kaki atau 30 kaki dan garis pusatnya berkisar antara ½ inci hingga 1 1/8 inci. Setiap hujungnya mempunyai ulir yang boleh diskrukan di antara satu sama lain bagi membentuk rentetan rod penyedut yang diperlukan oleh sistem pengepaman rod penyedut. |