executive power | kuasa eksekutif | Undang-undang | Tiada | Kuasa badan pemerintahan untuk melaksanakan undang-undang dan menjalankan pentadbiran mengikut kuasa membuat undang-undang. |
separation of powers | pengasingan kuasa | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemisahan fungsi legislatif yang menggubal undang-undang, eksekutif yang melaksana undang-undang dan kehakiman yang mentafsir undang-undang dalam pemerintahan negara. Badan legislatif atau Parlimen diletak terpisah dari badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini perlu kerana kuasa yang tertumpu kepada satu badan atau seorang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Oleh itu ia perlu dipisahkan kepada badan yang berbeza. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. |
separation of power | pengasingan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa. |
judicial review | kajian semula kahakiman | Undang-undang | Tiada | Penelitian kehakiman dan penentuan mengenai kesahan sesuatu cara, akta, keputusan atau urusan, termasuk menentukan vires dan bidang kuasa, undang-undang dan fakta serta skop dan peranan berkaitan dengan keadilan semula jadi, serta prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan budi bicara eksekutif. |
accretion of power | pertambahan kuasa | Undang-undang | Tiada | Peningkatan kuasa eksekutif pada Perdana Menteri akibat dasar pemerintahan. |
separation of powers | perasingan kuasa | Undang-undang | Tiada | Doktrin yang mengasingkan fungsi pemerintahan kepada tiga badan, iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. |
judicial power | kuasa kehakiman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu. |
power concentration | penumpuan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan kuasa yang tertumpu kepada seseorang atau sesebuah parti poIitik tanpa diagihkan kepada orang atau parti lain. Penumpuan ini menjadikan individu atau kelompok tersebut mendominasi politik dalam negara tersebut. Di samping itu, kuasanya turut mengawal perjalanan ekonomi dan undang-undang negara. Kuasa membuat undang-undang (legislatif), melaksanakan (eksekutif) dan mentafsir undang-undang (kehakiman) semua terIetak di tangan penguasa ini. Penguasa ini tidak mempunyai badan penyemak dalam pemerintahannya dan ini menjadikannya bebas mengenakan tekanan kepada sesiapa sahaja. Contohnya, penumpuan kuasa yang terdapat dalam pemerintahan sultan atau raja masyarakat Melayu tradisional dahulu dan diktator fasis dalam pemerintahan moden. |
judiciary | badan kehakiman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi yang memainkan peranan dalam mentafsir perlembagaan dan undang-undang serta membuat pengadilan sebarang kes pertikaian. Ia merupakan satu cabang daripada institusi pemerintahan negara di samping badan legislatif dan eksekutif. Bidang kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Badan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh para hakim dan majistret. Badan kehakiman bukan sahaja menjadi tempat pengadilan orang ramai tetapi turut menjadi sumber rujukan kepada pemerintah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Badan ini bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah dan sivil serta sebarang pertikaian undang-undang perlembagaan. Pengadilan yang dibuat oleh badan ini mencerminkan tingkat keadilan yang diamalkan dalam sesebuah negara. |
princely state | negeri kecil beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang berada di bawah naungan pemerintah berketurunan raja. Putera raja yang memerintah mendapat autonomi terutamanya dalam urusan undang-undang, bahasa, kabinet dan cuti awam manakala bidang lain yang penting tetap dipegang oleh kerajaan kolonial atau pemerintah pusat. Peranan putera raja ini lebih bersifat simbol tanpa mempunyai kuasa eksekutif. Negeri kecil beraja biasanya dikaitkan dengan wilayah diraja India semasa pemerintahan kolonial Inggeris dahulu. Di India semasa kemerdekaannya, terdapat 680 negeri seperti ini yang menghantar wakilnya ke dewan perundangan khas yang dinamakan Dewan Putera-Putera. Contoh negeri beraja ini ialah Hyderabad, Mysore dan Jammu-Kashmir. |