offset | ofset | Teknik | Elektrik | 1. Bentuk objek yang lurus membengkok sedikit dan lurus semula. Contohnya, bentuk pembuluh yang masuk ke dalam kotak peralatan. 2. Kaedah pemindahan ukuran daripada objek kepada lukisan autografik. |
not straight | serong | Sukan | Tiada | 1. Lontaran bola yang tidak lurus semasa baris lurus. |
diagonal | pepenjuru | Matematik | Tiada | 1. Garis lurus yang menyambung dua bucu yang tidak bersebelahan bagi sesuatu poligon. 2. Unsur-unsur bagi sesuatu matriks segi empat sama yang kedudukan baris dan lajur masing-masing adalah sama. |
reefer | jaket refer | Kesenian | Tiada | 1. Jaket lurus berbres dubel paras paha, berkolar tirus dan berlapel pendek, dikancing dengan tiga atau empat pasang butang. Pakaian lelaki yang popular pada tahun 1860 dan dikenali sebagai jaket pea atau kot juruterbang.,2. Jaket pendek berbres dubel yang dipadankan dengan skirt sebagai pakaian selengkap. Pakaian wanita pada tahun 1890-an dan abad ke-20. |
load line | garis beban | Kejuruteraan | Tiada | 1. Garis lurus yang dilukis merentasi suatu siri lengkung ciri plat-arus-plat-voltan pada graf untuk menunjukkan bagaimana arus plat berubah dengan voltan grid apabila rintangan beban plat yang tertentu digunakan.,2. Garis yang dilukis pada lengkung ciri pemungut bagi transistor tempat titik operasi transistor bergerak apabila arus pemungut berubah. Dinamai beban garis kerana cerun garis bergantung kepada nilai perintang beban pemungut.,3. Garis yang dilukis pada graf suatu keluarga ciri-ciri, menunjukkan hubungan graf di antara voltan dan arus untuk beban tertentu bagi litar yang diperhitungkan. |
aisle | ruang sayap | Kesenian | Seni Bina | 1. Laluan lurus di antara ruang utama dan ruang sekunder di dalam bangunan yang panjang, dipisahkan oleh arked, barisan tiang atau dinding skrin. Laluan ini biasanya digunakan sebagai galeri dan mungkin mempunyai tingkap cahaya atasan sepanjang laluannya. 2.��Laluan utama di antara susunan barisan kerusi seperti di dalam gereja dan auditorium. |
Arrhenius plot | plot Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |
straight punch | tumbuk lurus | Sukan | Tiada | Tumbukan yang dilepaskan dengan kedudukan tangan lurus ke hadapan dengan jarak satu 1. jangkauan. |
collinear | kolinear | Matematik | Tiada | 1. Sifat titik-titik yang terletak pada satu garis lurus. 2. Sifat satah-satah yang mempunyai garis lurus sepunya. |
parallel | selari | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sifat garis lurus, lengkung, satah atau permukaan yang sentiasa sama jarak, dan tidak akan langsung bertemu walau sejauh mana pun ia dipanjangkan.,2. Keadaan unsur-unsur litar yang tersambung kepada pasangan pangkalan yang sama, iaitu arus terbahagi di antaranya dan kemudiannya bergabung semula.,3. Keadaan dalam sistem komputer apabila dua atau lebih pemproses beroperasi secara serentak pada satu atau lebih item data.,4. Dua atau lebih bit bagi kata yang dihantar melalui talian yang berlainan pada masa yang sama. |