activation | pengaktifan | Perubatan | Tiada | 1. Proses menyesuaikan aplians ortodontik supaya daya yang sesuai diperolehi untuk menggerakkan gigi. |
chronotaraxis | kronotaraksis | Perubatan | Tiada | Ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri, sehubungan dengan masa. |
coordination | penyelarasan | Pengurusan | Perancangan | Suatu tindakan menyesuaikan dan menyatukan aktiviti, tanggungjawab dan kawalan untuk memastikan penggunaan sumber secara lancar, cekap dan berkesan. Contoh tindakan penyelarasan adalah dengan menyusun atur tenaga kerja untuk mendapatkan hasil produktiviti yang terbaik. |
fine-tune | talaan halus | - | Tiada | Proses menyesuaikan bahan terbitan untuk mencapai hasil yang terbaik. |
adaptation | penyesuaian; adaptasi | Perubatan | Tiada | 3. Proses menyesuaikan dan merapatkan restorasi pada kaviti, korona dan gegelang pada gigi atau aplians pada tisu mulut. 4. Keadaan refleks yang menurun cetusan impulsnya apabila rangsangan diulangi. |
adaptive capability | kebolehan menyesuai | Perubatan | Tiada | Keupayaan menyesuaikan dan menerima sesuatu yang baru. |
spatial orientation | orientasi ruang | Sukan | Tiada | Perbuatan menyesuaikan diri dengan keadaan ruang. |
xerophyte | xerofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan kering dengan mempunyai ciri-ciri yang dapat mengurangkan transpirasi, seperti stomata yang terbenam di dalam daun, daun yang berbentuk duri, dan kutikel yang tebal. Ada juga xerofit yang mempunyai daun tebal dan berlendir yang digunakan untuk menyimpan air. |
onboarding | suai tugas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses menyesuaikan pekerja baharu ke dalam organisasi yang meliputi jenis pekerjaan yang akan ditangani, suasana di tempat kerja, interaksi dengan rakan sekerja dan sebagainya. |
copy fitting | suai padan naskhah | - | Tiada | Proses menyesuaikan kandungan teks dengan saiz fon, jarak di antara baris, menstrukturkan ayat, mengubah suai saiz bahan grafik atau cara lain untuk disesuaikan dengan ruang halaman yang telah ditetapkan. |