secondary cooling system | sistem penyejukan sekunder | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Litar yang kedua dalam sistem penyejukan reaktor yang memindahkan haba daripada sistem penyejukan primer kepada sistem penyejukan tertier atau singki haba muktamad. |
transpiration cooling | penyejukan perpeluhan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejukan permukaan yang dilakukan dengan menurunkan pekali pemindahan jisim supaya pekali pemindahan haba juga menurun serentak. Penyejukan ini dilakukan dengan memaksa suatu bendalir daripada permukaan berongga mengalir ke dalam lapisan sempadan. |
tertiary cooling system | sistem penyejukan tertier | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Litar yang ketiga dalam sistem penyejukan reaktor yang memindahkan haba daripada sistem penyejukan sekunder kepada singki haba muktamad. |
primary cooling system | sistem penyejukan primer | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Litar yang pertama dan utama dalam sistem penyejukan reaktor yang memindahkan haba daripada teras reaktor nuklear kepada sistem penyejukan sekunder. |
tons of refrigeration | tan penyejukan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit ukuran kapasiti penyejukan yang bersamaan dengan 3516.85 watt, iaitu kadar penyerapan haba pada 12 000 utB atau 12 660 kJ/jam. Nilai ini hampir sama dengan kadar haba yang perlu dibuang untuk membekukan 1 tan air pada 32�F per hari. Tan penyejukan merupakan kuasa kebanyakan alatan penyejukan. |
radiational cooling | penyejukan bahang | Sains | Hidrometeorologi | Penyejukan permukaan bumi dan udara bersempadanan yang terjadi (terutamanya pada waktu malam) apabila permukaan bumi mengalami kehilangan haba bersih disebabkan oleh sinaran terestrial. |
safety injection tank (SIT) | tangki suntikan keselamatan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Tangki yang menyimpan air yang akan disalurkan dengan deras dan segera ke dalam sistem penyejukan reaktor untuk mengekalkan penyejukan teras dan mencegah pemanasan teras yang berlebihan semasa kemalangan. |
regenerative cooling | penyejukan janaan semula | Aeroangkasa | Tiada | Teknik penyejukan kebuk pembakaran yang melibatkan bahan dorong dialirkan pada dinding kebuk pembakaran sebelum ia dibakar. |
refrigerator shelf | rak penyejukan | Sosiologi | Tiada | Tingkat-tingkat untuk penyejukan. |
insulation (refrigerating) | penebatan (penyejukan) | Kejuruteraan | Tiada | Proses menebat ruang penyejukan dari haba yang diserap oleh keluli badan kapal. |