vacant living quarters | tempat kediaman kosong | Kependudukan | Tiada | Tiada |
stalk cell | sel tangkai | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Dua sel kosong yang menjadi tempat sel anteridium gimnosperma yang membahagi itu masuk. 2 lih. sel basal. |
dissemination of information | penyebaran maklumat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kegiatan atau tindakan menyalurkan informasi secara meluas. Penyebaran maklumat ini berlaku dari individu kepada individu yang lain dan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Penyebaran ini boleh berlaku melalui pelbagai medium seperti media massa, lisan, surat, memo, pesanan ringkas, internet, e-mel, arahan pekeliling, penerbitan organisasi dan papan kenyataan. Setiap maklumat yang disebarkan mempunyai mesej dan agenda tertentu yang hendak disampaikan seperti warta kerajaan, pekeliling baru, iklan jawatan kosong dan berita terkini dalam sesebuah jabatan. |
design weight | berat rekaan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Berat kenderaan yang direka dan disesuaikan untuk proses rekaan agar prestasi pada berat ini berada pada tahap optimum. Contoh berat rekaan untuk kereta dengan lima tempat duduk ialah berat kosong ditambah dua penumpang (seorang pemandu dan seorang penumpang), kargo seberat 14 kilogram (7kg x 2 penumpang) ditambah berat tangki minyak penuh. |
blind ram | pelantak buta | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : pelantak kosong Bahagian penting pencegah semburan keluar yang bertindak atau berfungsi sebagai unsur penutupan dan pengedapan. Bahagian ini akan mengedap antara satu sama lain yang akan menutup rapat-rapat ruangan lubang gerudi yang berada di bawahnya. Dalam penggunaannya, talian paip gerudi mesti tidak berada di dalam lubang gerudi terutama di bahagian tempat pencegah semburan keluar dipasang. |