reproductive phase | fasa pembiakan | Veterinar | Tiada | Tempoh penghasilan telur oleh unggas untuk ditetaskan atau tempoh penghasilan anak bagi ternakan mamalia. Bagi ayam, tempoh pembiakannya ialah pada umur 20-65 minggu, kambing atau biri-biri pada umur 1-8 tahun dan lembu pada umur 1.5-12 tahun. |
bone age | umur tulang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Umur yang ditentukan berdasarkan isotop yang terdapat pada tulang. |
production phase | fasa pengeluaran | Veterinar | Tiada | Tempoh pengeluaran produk ternakan seperti penghasilan anak, susu dan telur yang mempunyai nilai ekonomi. Bagi ternakan seperti ayam penelur tempoh pengeluarannya ialah pada umur 20 hingga 65 minggu. Bagi ternakan lembu, tempoh pengeluarannya ialah pada umur 2 tahun hingga 10 tahun manakala bagi kambing dan biri-biri pula ialah pada umur 1 tahun hingga 7 tahun. |
prestarter diet | diet prapemula | Veterinar | Tiada | Makanan yang pertama kali diperkenalkan kepada anak haiwan yang baru mula memakan bahan makanan pepejal. Makanan jenis ini mengandungi protein dan tenaga pada aras yang tinggi serta mudah dicerna. Bagi ternakan ruminan dan babi, makanan ini mengandungi susu tepung, kanji dan kacang soya untuk menggalakkan pengambilannya. Anak ternakan yang menyusu boleh diberi makanan ini apabila mencapai umur 1-2 minggu sebagai galakan untuk memakan makanan pepejal. |
misstatement of age | silap nyata umur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Memberikan umur yang salah bagi pemohon sesuatu polisi insurans hayat atau bagi waris yang akan menerima faedah yang bergantung kepada hayatnya. |
maturity | kematangan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | 1. Peringkat umur ketika pokok atau tumbuhan telah terbentuk sepenuhnya, sama ada pada keupayaan pokok tersebut untuk menghasilkan buah ataupun telah mencapai umur yang sesuai untuk diusahahasilkan dari segi ekonomi. 2. Buah yang telah terbentuk sepenuhnya dari segi isi dan bijinya untuk tumbuh menjadi benih yang baru. |
age ratio | nisbah umur | Geologi | Tiada | 1. Nisbah isotop anak terhadap isotop induk.,2. Nisbah di antara kumpulan-kumpulan umur. |
Y2K (year 2000) | Y2K (tahun 2000) | Teknologi Maklumat | Tiada | Masalah yang timbul akibat penggunaan 2 digit terakhir tahun untuk mewakili tahun 4 digit. Contohnya, 1988 diwakilkan sebagai 88. Jadi 00 pada 1 Januari 2000 bermaksud 1 Januari 1900 bukannya 1 Januari 2000. Masalah ini menimbulkan kekalutan pengiraan tempoh masa dan umur. |
age | umur; peringkat; zaman; kala; masa | Kesusasteraan | Tiada | 1. Jangka masa yang panjang atau pendek mengenai sesuatu zaman. |
minor | minor; kecil; bawah umur | Kesenian | Tiada | 1. Minor: Penentuan jeda.,2. Penentuan trinada.,3. Penentuan skala. |