Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ri] | برسري

Definisi : 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ri] | برسري

Definisi : 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persem­bahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tolatai[t.lA.tAj]kata namabidai daripada buluh, bertam atau rotan.Dah pasang tolatai ko, bosori rumahe.[dAh pA.sAN t.lA.tAj k b.s.Äi Äu.mAh.E]Dah pasang bidai itu, berseri rumahnya.
tengkuluk[t«N.ku.lu/]kata namakain penutup kepala perempuan yang berbucu dua di kiri dan kanan menyerupai bentuk rumah Minangkabau.Botambah bosori anak daro Cik Timah bilo dio pakai tengkuluk.[b.tAm.bAh b.s.Äi A.nA/ dA.č tSi/ ti.mAh bi.l di.j pA.kAj t«N.ku.lu/]Bertambah berseri anak dara Cik Timah apabila dia memakai tengkuluk.

Kembali ke atas