Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya ber-kerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, me­rengus, merengut: mukanya ~ setelah di-marahi oleh bapanya; ~ catung sangat masam (bkn muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam; bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya; bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa; memasam menjadi masam: susu ini mulai ~; memasamkan menjadikan masam: dia men-jeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya; kemasaman keadaan masam: cuka mem-punyai kadar ~ sehingga 95%; kemasam-masaman, masam-masaman agak masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka, lemon, mempelam muda dsb: Orang yg sedang mengandung kebanyakannya suka memakan buah-buahan yg ~. 2 tidak jernih air mukanya kerana marah dll: Mukanya ~ mendengar jawapanku itu. 3 terdapat asid di dlmnya (bkn tanah): Pokok markisah tidak boleh hidup di tanah yg ~. bermasam; ~ muka tidak bertegur sapa antara satu dgn yg lain (kerana berkelahi dll). memasamkan menjadikan (menyebabkan) masam: Dia ~ mukanya kerana terlalu marah. kemasaman keadaan masam. kemasam-masaman masam sedikit; agak masam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Masam bagai nikah tak suka.

Bermaksud :

Berdukacita. masam = merengus, bersut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
komirau[k.mi.ÄAw]kata adjektifberkenaan buah yang masak mencelah, hampir tua, hampir masak.Langsat baru komirau kalau makan pon masam.[lAN.sAt bA.Äu k.mi.ÄAw kA.lAw mA.kAn pon mA.sAm]Langsat baru masak mencelah kalau di makan pun masam.
moncocoh I[mn.tS.tSh]kata kerjamasam muka.Dio moncocoh lopeh kono maroh dek omake.[di.j mn.tS.tSh l.pEh k.n mA.Äoh de/ .mA/.E]Dia bermuka masam, lepas kena marah oleh emaknya.
gegawe[g«.gA.wE]kata namasejenis buah semacam buah kundang yang rasanya terlalu masam.   
moncocoh II[mn.tS.tSh]kata adjektifberkenaan rasa seperti pedas, masam dan lain-lain yang terlampau.Gulai lomak cili api tu moncocoh podehe.[gu.lAj l.mA/ tSi.li A.pi tu mn.tS.tSh p.dEh.E]Gulai lemak cili api itu terlalu pedas.

Kembali ke atas