Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawa­san paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
buyau[bu.jAw]kata namarawa; paya yang dalam dan ditumbuhi benta, kumbuh dan lain-lain.Jangan lalu kek situ, kang toporuk, ado buyau kek situ.[dZA.NAn lA.lu kE/ si.tu kAN t.p.Äu/ A.d bu.jAw kE/ si.tu]Jangan lalu di situ, nanti terjerlus, terdapat paya di situ.
tobek[t.bE/]kata namakawasan yang berair, paya.Ikan yang dulue banyak kek tobek godang tu, jam ni dah abih kono tubo.[i.kAn jAN du.lu.E bA.øA/ kE/ t.bE/ g.dAN tu dZAm ni dAh A.bih k.n tu.bo]Ikan yang dulunya banyak di kawasan paya besar itu, sekarang ini sudah habis kena tuba.

Kembali ke atas