Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tang­gal segala bahagian yg lembut dan isi batang­nya; ~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll); mereput menjadi reput; mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tum­buh-tumbuhan yg mati; reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik; kereputan perihal (keadaan) reput; pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.put] | رڤوت

Definisi : buruk atau lapuk (bkn kayu, kain dll): ~ relai hancur berkecai-kecai (kerana busuk atau lapuk). ~ fros kerosakan teruk atau kemusnahan pd tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg mungkin dialami oleh pendaki gunung). mereput menjadi reput. mereputkan menyebabkan menjadi reput: Hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati. reputan benda yg reput. pereputan perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
singka[siN.kA]kata namasikat bajak daripada kayu.Singka tu dah roput, camno kito nak monyikek.[siN.kA tu dAh č.put tSAm.n ki.t nA/ m.øi.kE/]Sikat bajak itu sudah reput, bagaimana kita hendak menyikat sawah.

Kembali ke atas