Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1 memang demikian (ke­adaannya dll); sudah sememangnya: Jika layu rumput di halaman Yang Dipertuan, ~ spt titah yg maha mulia itu patik kerjakan. 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun, kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~, makin elok parasnya. 3 dgn sengaja; dgn rela hati; tidak dipaksa-paksa: ~ aku sembahyang subuh, dua rakaat tunai kerana Allah Taala. bersahaja dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. menyahajakan melakukan sesuatu dgn sengaja. mempersahajakan men­­jadikan bersahaja (sederhana); me­mudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nonggok[nN.g/]kata kerjaduduk-duduk sahaja.Apo buek nonggok kek situ yo, masoklah.[A.p bu.wE/ nN.g/ kE/ si.tu j mA.so/.lAh]Apa buat duduk-duduk saja di situ sahaja. Masuklah.
momese[m.mE.sE]kata kerjabuang air kecil atau kencing.Kau ni momese yo kojoe.[kAw ni m.mE.sE j k.dZ.E]Engkau ini asyik buang air kecil sahaja kerjanya.
ngek[NE/]kata tugassehingga, setakat, paras.Ae ye tak dalam, ngek buku lali yo.[AE jE/ tA/ dA.lAm NE/ bu.ku lA.li j]Airnya tidak dalam, setakat buku lali sahaja.
codak[tS.dA/]kata adjektif1. berkenaan tumbuh-tumbuhan yang segar; moncodak.Lopeh ujan yo, sayo yang layu tu codak balik.[l.pEh u.dZAn j sA.j jAN lA.ju tu tS.dA/ bA.le/]Lepas hujan sahaja sayur yang layu itu segar balik
boragai[b.ÄA.gAj]kata kerjabergayut.Bobudak tu boragai yo kek pondok talipon.[b.bu.dA/ tu b.ÄA.gAj j kE/ pn.d/ tA.li.pon]Budak-budak itu bergayut sahaja di pondok telefon.
mongolibot[m.N.li.bot]kata adjektifkelam-kabut.Dio ngolibot yo kek pojabat pilihan rayo tu.[di.j N.li.bot j kE/ p.dZA.bAt pi.li.hAn ÄA.j tu]Dia kelam-kabut sahaja di pejabat pilihan raya itu.
moncodak[mn.tS.dA/]kata adjektif1. berkenaan tumbuh-tumbuhan yang segar; codak.Lopeh ujan yo, sayo yang layu tu moncodak balik.[l.pEh u.dZAn j sA.j jAN lA.ju tu mn.tS.dA/ bA.le/]Lepas hujan sahaja sayur yang layu itu segar balik
solorau[s.l.ÄAw]kata tugaskeadaan yang berlaku secara tiba-tiba, serentak.Ujan batu turun solorau yo, tanah pon tak basah.[u.dZAn bA.tu tu.Äun s.l.ÄAw j tA.nAh pon tA/ bA.sAh]Hujan batu turun tiba-tiba sahaja, tanah pun tidak basah.
molutap[m.lu.tAp]kata kerjamakan.Lopeh molutap, toruih yo dio mombuto, pomaleh amek.[l.pEh m.lu.tAp t.Äuih j di.j mm.bu.t p.mA.lEh A.mE/]Lepas makan terus sahaja dia tidur, pemalas betul.
boseh[b.sEh]kata adjektifberkenaan badan yang besar atau gemuk dan lemah, tidak bermaya, tidak aktif.Copeklah jalan tu siket, kau ni nampak boseh yo.[tS.pE/.lAh dZA.lAn tu si.kEt kAw ni nAm.pA/ b.sEh j]Cepatlah jalan itu sedikit, engkau ini nampak lemah sahaja.
12

Kembali ke atas