Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
lujong[lu.dZoN]kata namatempat sembahyang (pada rumah adat), ujung serambi.Di lujong tu biasoe tompek somayang.[di lu.dZoN tu bi.jA.s.E tm.pE/ s.mA.jAN]Di hujung serambi itu, biasanya tempat sembahyang.
tumpuan[tum.pu.wAn]kata namatempat curahan air terjun.Kek tumpuan sungai tu jangan mandi aee dalam.[kE/ tum.pu.wAn su.NAj tu dZA.NAn mAn.di AE.E dA.lAm]Di tempat curahan air terjun itu jangan mandi, airnya dalam.
panjut[pAn.dZut]kata kerjamengubati tempat atau kesan terpijak paku berkarat dengan meletakkan belerang pada tempat atau kesan tersebut.Mongilangkan biso kono paku bokarek guno panjut.[m.Ni.lAN.kAn bi.s k.n pA.ku b.kA.ÄAt gu.n pAn.dZut]Menghilangkan bisa kerana kena paku berkarat
koram[k.ÄAm]koramsejenis lebah yang suka diam di tempat yang tersorok.   
borontak[b.čn.tA/]kata kerjaberkuasa.Usah nak borontak kek lopak orang, kok nak borontak, borontak kek lopak seniri.[u.sAh nA/ b.ÄAn.tA/ kE/ l.pA/ .ÄAN k/ nA/ b.čn.tA/]Jangan hendak berkuasa di tempat orang. Kalau hendak berkuasa, berkuasalah di tempat sendiri.
poroni[p.č.ni]kata namabuyung.Poroni tu tompek ae jampi.[p.č.ni tu tm.pE/ AE dZAm.pi]Buyung itu tempat air jampi.
lunyah II[lu.øAh]kata adjektiflecak, becak.Tompek boae tu abis lunyah kono pijak.[tm.pE/ b.AE tu A.beh lu.øAh k.n pi.dZA/]Tempat berair itu habis lecak, kena pihak.
poraku[p.ÄA.ku]kata namasejenis bekas daripada buluh, upih untuk membawa air atau mengisi sesuatu.Den guno poraku, buek tompek lado.[dEn gu.n p.ÄA.ku bu.wE/ tm.pE/ lA.d]Saya gunakan peraku untuk tempat cili.
pundong[pun.doN]kata namapondok (bersifat sementara) yang dibina dalam dusun dan lain-lain untuk berehat.Pundong tempek monunggu dian dibuek totongah duson.[pun.doN tm.pE/ m.nuN.gu di.jAn di.bu.wE/ t.t.NAh du.son]Pondok tempat menunggu durian didirikan di tengah-tengah dusun.
godobok[g.d.b/]kata adjektifbesar dan pendek.Parang godobok abah, tosolet kek atap sabak.[pA.ÄAN g.d.b/ A.bAh t.s.lEt kE/ A.tAp sA.bA/]Parang gedobok abah, terselit di atap tempat sabak.
123

Kembali ke atas