Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru/] | تروق

Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dodak[d.dA/]kata kerjapukul.Budak ni toruk kono dodak dek kengkawane.[bu.dA/ ni t.Äu/ k.n d.dA/ de/ k«N.kA.wAn.E]Budak ini teruk kena pukul oleh kawan-kawannya.
golo[g.l]kata adjektifparah, teruk, tidak senonoh.Camni romane kojo kau, golodeke.[tSAm.ni č.mAn.E k.dZ kAw g.l.dE/.E]Macam ini caranya kerja kau, tidak senonohnya.
molampoh[m.lAm.ph]kata adjektifamat banyak, melambak.Musim ni pereh, buah dian molampoh sopanjang jalan.[mu.sim ni pE.ÄEh bu.wAh di.jAn m.lAm.ph s.pAn.dZAN dZA.lAn]Musim ini teruk, buah durian terlalu banyak di sepanjang jalan.
lapon[lA.pon]kata kerjapukul, belasah dengan menggunakan lidi, rotan dan lain-lain; cemat, pedodak, pupuh, tajau.Dek dogeke tu, dio torok kono lapon kek abahe.[de/ d.gE/.E tu di.j t.č/ k.n lA.pon kE/ A.bAh.E]Disebabkan kedegilannya itu, dia teruk dipukul oleh ayahnya.
hobin[h.bin]kata kerjabelasah, hentam dengan bersungguh-sungguh, pukul dengan kuat.Torok poncurik tu kono hobin dek orang kampong bilo kono tangkap.[t.Äo/ pn.tSu.Äi tu k.n h.bin de/ .ÄAN kAm.pN bi.l k.n tAN.kAp]Teruk pencuri itu kena belasah dengan orang kampung bila kena tangkap.
hombo-hombo[hom.bo.hom.bo]kata kerjamengacah, acah-acah.Jangan hombo-hombo borok kek tambatan tu, kok lopeh torok kau digigite.[dZA.NAn hom.bo.hom.bo bo.Äo/ kE/ tAm.bA.tAn tu ko/ l.pEh to.Äo/ kAw di.gi.git.E]Jangan usik-usik beruk di tambatan itu, kalau terlepas teruk kau dibuatnya.

Kembali ke atas