Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lu.bang] | برلوبڠ

Definisi : 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai menampung air dengan limas pesuk.

Bermaksud :

Tak dapat diberi ajaran atau nasihat. limas = takir; pesuk = berlubang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
agag LBsejenis alat untuk menapis beras atau padi, berbentuk bulat dan dibuat daripada buluh atau bemban. Ia berlubang kecil sesuai fungsinya sebagai alat penapis.Kata Gur, “Kenapa jiran kita itu riuh sangat?” Dia memanggil Angi dari pondoknya. “Oi Angi parut besar! Parut kecil besar agag.”Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
edram MSrsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau  bulat leper yang berlubang di tengah.Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas