Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lé.ra] | برسليرا

Definisi : ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lé.ra] | برسليرا

Definisi : 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kirai MSbdaun nipah.Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigup MSbtembakau (pada rokok).Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
serawi MSbsejenis ikan air tawar, badannya berkilat-kilat dan ekornya berwarna merah.Omar makan. Berselera dia tengah hari itu badannya berpeluh. Pedas lada yang menjadi perencah ikan serawi yang menjadi lautnya itu terasa sedang oleh lidahnya.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas