pua kumbu Ib | kain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut. | Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan. | Dewan Sastera | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambang II Kd KB | sejenis kain sarung. | Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang). | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lebor api, *lebur api* Ib | motif bunga pada kain pua kumbu. | Setelah patung itu siap dibuat, isteri Raja Entala membalutnya dengan selimut tenunan atau pua kumbu lebor api. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |