Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan marah; kegusaran (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
duya Tbkemarahan yang tidak dapat dikawal.Kenapa sampai begitu?” “Datang angin.” “Angin apa?” “Angin duyanya.” “Apa bendanya angin duya tu?” “Mak tak tahu, tak usah cakaplah.”Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amarawak Mrkemarahan semangat.Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakas Bj Sm, Kd, Tb1. sumpah seranah.BAKAS .! sumpahnya. Dia memegang batang busai itu erat-erat. Kayuhnya telah berubah. Daripada perlahan, kini bertukar menjadi cepat. Semacam mengikut kemarahan hatinya.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas