lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duman, *dungan* Ib | kata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan). | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jila isang Ib | daun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban. | Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gumponot Kd KB | ketua roh baik. | 4. Gumponot – Ketua kepada segala roh yang baik-baik. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baat Tb | tiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah. | Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
molohingon Kd | ketua kampung. | Merah padam muka Bungkau ditempelak oleh Mamai Lumbat. Dia tidak mengerti, kenapa begitu jahilnya Molohingon Kampung itu terhadap adat resamnya sendiri. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuai rumah Ib | Ketua rumah panjang. | Lumai membelingas sambil tergocoh-gocoh membetulkan kainnya. Mencebik bibirnya apabila melihat Tuai Rumah tercegat tidak jauh dari situ. Tuai Rumah memerhatikannya sambil tersenyum-senyum menunjukkan muka yang manis. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengap Ib | nyanyian suci, timang. | Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lelang Ib | sesat. | Bega yang dikatakan seorang ketua dulu yang telah mati lesi laya lela yang mempelopori kawasan Sungai Rapong yang sesat lelang. Sungai Rapong itu dikatakan 'sesat' pada masa dahulu kerana belum berkuala. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bederian, *derian* Ib | akad nikah. | SETELAH dewasa Geraman dilantik menjadi ketua. Dia mengingati dan mengamalkan adat yang diwarisi daripada Sengalang Burong serta adat bederian dan bebunga pinang ketika perkahwinan dilangsungkan. Dia beristerikan Tebari dan beranakkan Chundau. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |