Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar; meletihkan menjadikan letih, memenatkan; keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga; penat: Ayahnya tertidur di kerusi kerana terlalu ~. meletihkan menyebabkan menjadi letih; memenatkan: Berjalan kaki berbatu-batu ~ badan. keletihan 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letih (adjektif)
Bersinonim dengan penat, lesu, jerih, lelah, litak, mengah, rimpuh;,
Kata Terbitan : meletihkan, keletihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ahuhuyu Mrbergotong royong.Kinawa menghela nafas sambil menggeleng kepala. Dia letih. Baru saja dia habis ahuhuyu bersama wanita-wanita itu. Menggali dan mencabut ubi-ubi kayu dari akar umbinya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas