Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lap] | مالڤ

Definisi : 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb); memalapkan 1.menjadikan malap, memu­darkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan ke-gemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat; kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau PhD; pemalap = ~ lampu peranti utk mengubah­ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lap] | مالڤ

Definisi : tidak bercahaya terang; hampir padam (bkn pelita dll); suram: ~ bagai pelita kekurangan minyak. memalapkan menjadikan malap: Dia ~ api pelitanya. pemalap, = ~ lampu alat atau peranti utk mengubah-ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malap (adjektif)
Bersinonim dengan muram, suram, pudar, kelam, samar-samar, remang-remang, buram, pusam, kabur, kabut, kabus, redup, mamang, aram-meraram, bureng, pirau, melindap, guram;,
Kata Terbitan : memalapkan, kemalapan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
malap betung Bj Smupacara memakai bengkung bagi wanita selepas bersalin.Kau perlu akan upacara malap betung, Ayu.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas