nadau Kd Lt | matahari. | Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tentagas, *tantagas* Kd Lt | pemimpin upacara keagamaan. | Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bercenaga, *bechenaga* Ib, Kh | upacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang. | “Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
chemaru Ib | badak. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sunduan Kd KB | sejenis roh baik. | Sunduan - Semangat anak yang baru lahir, menentukan watak, bakat, akhlak dan kecerdasan anak itu di masa depan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nendak Ib | sejenis burung yang membawa alamat baik, biasanya ia tidak diambil kira dalam menentukan petanda sesuatu. | “Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monontian Kd | mengandung. | Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerak Ib, Ml, MSr | serik. | Hatta cakap emak kandung sendiri pun Jimbai sudah bosan. Sudah jerak. Kali ini biarlah dirinya sendiri yang menentukan jawapan yang bakal diberikan kepada urusan dirinya sendiri dan dia akan membantah semua perkara yang patut dibantah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
galang Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |