Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau ber­tindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1 sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu. 2 dasar fikiran atau pendapat. 3 sesuatu yg menjadi pokok atau tema dlm sesuatu cerita. bermotif mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. bermotifkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
motif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tujuan: objektif, matlamat, sasaran, maksud, kehendak, keinginan, hajat, cita-cita, impian, harapan,

2. Bersinonim dengan dasar: tema, asas, pokok, latar,

3. Bersinonim dengan corak.



Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lebor api, *lebur api* Ibmotif bunga pada kain pua kumbu.Setelah patung itu siap dibuat, isteri Raja Entala membalutnya dengan selimut tenunan atau pua kumbu lebor api.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linangkit MrSatu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna).Pakaian bagi kaum perempuan dinamakan nilimbungan yang rata-ratanya berwarna hitam, berwarna hitam, manakala kain sarongnya disebut sebagai nelangkit. Nilimbungan dan linangkit tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang berwarna warni seperti benang ros.Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
raga menarang Ibsejenis raga yang mempunyai motif anyaman yang khusus (mempunyai corak hitam).Saka terus balik membawa sebuah raga menarang, yang diberi Raja Remaung dan isterinya, babi hutan yang ditangkap oleh Raja Remaung dibawanya juga. Setelah berjalan untuk beberapa ketika dia pun sampai di rumah panjang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
olos belangkit Bj Smkain baldu hitam yang dihiasi satu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna).Olos Belangkit - sejenis kain hitam - sebaik-baiknya kain baldu yang dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas