Definisi : 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~; menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan; kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; penyaman sesuatu yg menyamankan (menyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)