racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun menaun Tb | sejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun. | Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelibas MSb | penawar racun. | Tidak, Embok Ali akhirnya membawa orang-orangnya menyerbu ke arah kompeni. Mereka menyerang dengan keris terhunus. Ketika inilah anak murid Embok Ali itu berdiri, lalu dia menjerit dan membaca pelibas dan petunangnya. Dia menjerit: Apa boleh buat Pak Guru, bertempurlah kita!" | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong II Mr | sejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain. | “Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya. | Perut Meletup Angkara Lontong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rondowai Kd KB | sejenis roh jahat. | 28. Rondowai atau Rondonau – Roh pembawa racun, nafasnya mengandungi penyakit. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rondonau Kd KB | sejenis roh jahat. | 28. Rondowai atau Rondonau – Roh pembawa racun, nafasnya mengandungi penyakit. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
boton Tb | sejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi. | Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nokikang Kd | matang. | Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
poring Kd | buluh betung; Dendrocalamus asper. | Bahan yang digunakan adalah bambu jenis poring atau buluh. Bambu yang dipilih untuk membuat alat ini mestilah bambu yang cukup matang atau nokikang. Bambu dikerat dan ruangan dalamnya dicelup dengan racun bubuk bambu. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |