Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.ping] | رمڤيڠ

Definisi : 1. kecil menggenting (bkn ping­gang): pinggangnya ~; 2. kecil panjang (tidak gemuk), langsing; merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan sbg sejenis minuman ~ badan; kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.ping] | رمڤيڠ

Definisi : ; meramping cabik-cabik (koyak-koyak) pd tepinya; ® rompang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.ping] | رمڤيڠ

Definisi : kecil lilitannya (bkn pinggang): Pinggangnya ~. kerampingan keadaan atau sifat ramping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramping (adjektif)
Bersinonim dengan langsing, lampai, saring, kurus, renjong, genting, jinjang, cengkek, lonjong, rampis;,
Kata Terbitan : merampingkan,

Puisi
 

Mengetam padi tengah hari,
     Padi habis dimakan helang;
Pingganglah ramping tubuhnya tinggi,
     Jiwalah abang berasa melayang.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
luntang Ibpotong/kerat.“Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekalong, *tekalung* Ibsejenis pokok besar tumbuh liar; kulitnya boleh dibuat tali, baju dan bebat untuk wanita selepas bersalin.“Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lia jerenang Ibsejenis halia yang boleh dibuat ubat kembung perut (kanak-kanak). Ia biasanya dimakan bersama-sama sirih pinang.“Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas