Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, mem­bising­kan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, ke­gem­par­an: orang dapat merasakan ke­hadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya meng­ganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Apa benda bunyi riuh,
     Rupanya ada orang berperang;
Dia baru mencapai pengayuh,
     Kita sudah sampai ke seberang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Riuh gigil seperti Cina kayuh.

Bermaksud :

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
wong, *wunf* Ibjeram.Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empuruk MSrsejenis burung berwarna coklat, memakan biji lada; merbah.Burung madu dan empuruk kedengaran riuh melayani anak masing-masing di sarang yang berdekatan.Novel Senapang Bemban.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
agag LBsejenis alat untuk menapis beras atau padi, berbentuk bulat dan dibuat daripada buluh atau bemban. Ia berlubang kecil sesuai fungsinya sebagai alat penapis.Kata Gur, “Kenapa jiran kita itu riuh sangat?” Dia memanggil Angi dari pondoknya. “Oi Angi parut besar! Parut kecil besar agag.”Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
juki Bj Smorang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam.Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas